Sunday, December 21, 2008

Lawatan ke BPR Putrajaya


Lawatan ke BPR Putrajaya ini telah diadakan pada 20 Februari yg lalu, lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yg lebih jelas mengenai SPR, selain itu lawatan ini memberikan pendedahan kepada ahli jawatankuasa SPR tentang penubuhan SPR IPT, Meningkatkan pengetahuan kepada ahli jawatankuasa SPR tentang isu-isu terkini mengenai rasuah serta Mengeratkan lagi hubungan erat antara SPR USIM dengan ibu pejabat BPR Malaysia. Program ini juga adalah program pertama yg dianjurkan oleh SPR USIM.

Kunjungan SPR USIM disambut mesra oleh En. Ahmad bin
Ahmad@Puteh selaku pengawai bahagian pendidikan masyarakat (PENMAS) Putrajaya. Di sana pancaindera kami sempat dihidangkan dengan pameran di sudut galeri, dan halwa telinga kami pula didendangkan dengan 2 buah lagu yg mempunyai mesej yg sgt berguna...

2 comments:

  1. skrg ni BPR dah bertukar kpd SPRM, nampak gayanya kita kena wat lawatan skali lg ke ibu pejabat SPRM, nak tau perancngan dan merapatkan lg ukhuwah

    ReplyDelete
  2. lawatan ni boleh jadi acara atau xtvti tahunan SPR USIM...Insyallah...

    ReplyDelete