Bermula 1 januari 09 yg lalu Badan Pencegah Rasuah telah pun bertukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...Logo rasmi SPRM juga telah betukar wajah...keterangan lanjut klik SPRM di sebelah kanan blog....
Sekretariat Pencegahan Rasuah (SPR) adalah salah sebuah sekretariat yang baru ditubuhkan diseluruh IPTA..Sekretariat ini bertujuan membantu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM)untuk menanamkan sikap benci rasuah dikalangan pelajar, dan menyebarkan informasi dan maklumat tentang bahaya rasuah dan akibatnya melalui aktiviti-aktiviti dan program-program yg dianjurkan.Dengan tertubuhnya Sekretariat ini, diharap SPR USIM dapat membantu negara bebas rasuah dan memberikan pendedahan dan kefahaman tentang rasuah kepada mahasiswa/i...
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." -Al-Baqarah ayat 188-
No comments:
Post a Comment